Latar belakang Walburga Black

Walburga lahir pada tahun 1925 sebagai anak pertama dari tiga orang anak Pollux Black dan Irma Black (dahulu Irma Crabbe). Adik-beradiknya adalah Alphard dan Cygnus Black. Dia berkahwin dengan sepupunya, Orion Black, dan mendapat dua orang anak lelaki, Sirius dan Regulus Black. Cygnus (adik Walburga) dan Druella Black adalah ibu bapa kepada Bellatrix Lestrange, Andromeda Tonks, dan Narcissa Malfoy.

Pollux Black (ayah Walburga) memiliki tiga orang adik beradik, Cassiopeia Black, Marius Black (Squib), dan Dorea Potter.

Setelah Sirius melarikan diri dari rumahnya, Walburga membakar nama Sirius dari salasilah keluarga yang dipapar pada sebuah permaidani di rumah keluarga Black di Grimmauld Place, Nombor 12, London. Dia turut menghapuskan nama adiknya Alphard, yang memberikan bantuan kewangan kepada Sirius. Nama lain yang dihapus adalah nama Andromeda (anak perempuan Cygnus) gara-gara berkahwin dengan Ted Tonks, seorang kelahiran Muggle. Sirius membenci ibunya dan anggota keluarganya yang lain kerana minat mereka tentang darah tulen di kalangan ahli sihir. Sirius dan Andromeda dianggap 'asing' antara suku keluarga Black.

Walburga juga adalah seorang yang ghairah akan darah tulen, dan memandang Muggle dan kelahiran Muggle sebagai kelas yang lebih rendah. Dia menyokong Lord Voldemort pada mulanya, tetapi berubah fikiran setelah mengetahui bahawa Voldemort turut membunuh ahli sihir berdarah tulen seperti juga kelahiran Muggle.

Walburga meninggal pada 1985 dan meninggalkan potretnya di Grimmauld Place, Nombor 12, melekatkannya di dinding dengan Sihir Penampal Kekal. Potret ini selalu menjeritkan makian dan kata kesat kepada ahli Kumpulan Phoenix, termasuk anaknya sendiri Sirius, setelah mereka menjadikan rumah itu sebagai tempat operasi Kumpulan itu.

Kreacher, pari-pari rumah keluarga Black sangat memuja Walburga sebagai pemiliknya. Kreacher mewarisi juga sikap majikannya. Kreacher berasa tertekan dan kecewa kerana setelah kematian majikannya, dia terpaksa menjadi milik Sirius (yang dianggap sebagai pengkhianat) dan apalagi setelah kematian Sirius, dia terpaksa menjadi milik Harry Potter (yang berdarah kacukan). Walau bagaimanapun, kesetiaan Kreacher kepada Harry berubah menjadi sangat taat apabila Harry memulangkan loket Regulus Black kepadanya.

Dalam potretnya, Walburga kelihatan sebagai perempuan histeria bertopi hitam dengan mata yang berputar-putar dan wajah berwarna kuning yang tegang.